Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Bahasa Jerman:  Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei (bantuan·maklumat)) atau Parti Nazi merupakan sebuah parti politik di Jerman antara tahun 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau "Deutsche Arbeiterpartei" (DAP), yang wujud dari tahun 1919 hingga 1920. Istilah Nazi ialah bahasa Jerman, singkatan dari perkataan Nationalsozialist. Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi. Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna merah.

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional

Diasaskan 1920 (1920)
Ideologi Sosialisme Nasional (Nazisme)
Fasisme
Nasionalisme Jerman
Antisemitisme
Nasionalisme kulit putih
Warna rasmi Hitam, putih, merah (Bendera empayar Jerman); coklat
Pertubuhan wanita Kumpulan Wanita Sosialis Nasional (NSF)
Sayap tentera Sturmabteilung (SA)
Schutzstaffel (SS)
Akhbar Völkischer Beobachter
Sayap pelajar Kumpulan Pelajar Sosialis Nasional Jerman (NSDStB)
Diikuti Tiada (diharamkan)
Ideologi diteruskan oleh neo-Nazisme
Ibu pejabat Munich, Jerman
Pengasas Anton Drexler
Pertubuhan sukan Nationalsozialistischer Reichsbund für Leibesübungen (NSRL)
Keahlian
  • Kurang daripada 60 (1920)
  • 8.5 juta (1945)
Ketua Anton Drexler (1920–1921)
Adolf Hitler (1921–1945)
Martin Bormann (1945)
Sayap belia Belia Hitler (HJ)
Slogan "Ein Volk, ein Reich, ein Führer" (Satu Rakyat, satu Empayar, satu Ketua)
Kedudukan politik Berhaluan kanan[1][2]
Dibubarkan 1945 (1945)
Didahului Parti Pekerja Jerman (DAP)